Sunday, May 15, 2011

perkhemahan "Kem Ekspedisi Trus Madi 2011" anjuran Unit Kokum PRA Universiti dan Jabatan Perhutanan Sabah

Wahai Gunung Trus Madi,kami warga Pra u SMK Bingkor bakal menawanmu.


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.kali ini saya mau cerita sedikit tentang "Ken Ekspedisi Trus Madi 2011" anjuran Unit Kokum Pra Universiti SMK Bingkor ni.hanya tinggal dua hari saja lagi menjelang kem tersebut.perkhemahan ini akan diadakan pada 17 sehingga 20hb mei tahun 2011.perkhemahan ini bertempat di Gunung Trus Madi dan seramai 97 pelajar PRA U-2 dan 20 orang guru pengiring akan menyertai ekspedisi ini.sempena perkhemahan kali ini,pihak pengurusan telah mengedarkan borang kebenaran ibu bapa /penjaga serta surat pengesahan kesihatan kepada peserta yang terlibat.hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar yang menyertai ekspedisi ini mendapat kebenaran daripada ibu bapa serta berada dalam kondisi yang sihat untuk menyertai perkhemahan ini.bagi yang terlibat,sediakan kelengkapan yang secukupnya agar tidak mempunyai masalah semasa ekspedisi itu nanti.semoga perkhemahan kali ini akan membawa 1000 kenangan manis yang tidak dapat dilupakan kerana tahun ini adalah tahun terakhir bagi pelajar PRA U-2 berada di sekolah.apa-apa pun,selamat berjaya buat semua..





No comments:

Post a Comment