Tuesday, May 31, 2011

Minggu Kurikulum :Spelling B Competition




















Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua..ini adalah antara aktiviti terakhir sempena minggu kurikulum anjuran unit kurikulum pra u smk bingkor.pertandingan kali ini adalah 'Spelling B'.seperti biasa,peserta akan dipanggil ke hadapan dan akan diberikan satu perkataan oleh juri.peserta itu harus mengeja perkataan yang diberi itu dalam masa yang ditetapkan.sedikit kesalahan huruf akan menyebabkan markah ditolak.berikut adalah merupakan senarai nama-nama pemenang:
JOHAN:GROUP 1(KELAS SAINS SUKAN)
N/JOHAN:
KE-3:

Tuesday, May 24, 2011

Minggu Kurikulum :Debate Competition












Assalamualaikum dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada semua.lama sudah saya tidak update blog ini.kami semua warga Pra U-2 SMK Bingkor brsama 14 orang guru baru habis daripada Kem Movitasi Trusmadi.sangat penat rasanya.jadi saya kiranya mahu menghabiskan dahulu artikel2 yang belum saya post sebelum saya pergi kepada artikel yang dinanti2 oleh warga pra u.artikel kali ini masih mengenai minggu kurikulum dan aktiviti kali ini adalah debate competition yang dianjurkan oleh unit kurikulum pra u smk bingkor.pada peringkat 'semi final',tajuk telah disediakan dan sudah ditentukan barisan kerajaan dan pembangkang.jadi ianya memudahkan untuk menentukan apa isi yang ingin dihujahkan.setelah masuk ke peringkat 'final',kedua2 pihak harus menyediakan kedua2 isi sama ada menyokong atau membangkang kerana semasa 'debate'dimulakan baru dinyatakan pihak mana yang menyokog atau sebaliknya.berikut adalah merupakan keputusan pertandingan tersebut:


Sunday, May 15, 2011

perkhemahan "Kem Ekspedisi Trus Madi 2011" anjuran Unit Kokum PRA Universiti dan Jabatan Perhutanan Sabah

Wahai Gunung Trus Madi,kami warga Pra u SMK Bingkor bakal menawanmu.


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.kali ini saya mau cerita sedikit tentang "Ken Ekspedisi Trus Madi 2011" anjuran Unit Kokum Pra Universiti SMK Bingkor ni.hanya tinggal dua hari saja lagi menjelang kem tersebut.perkhemahan ini akan diadakan pada 17 sehingga 20hb mei tahun 2011.perkhemahan ini bertempat di Gunung Trus Madi dan seramai 97 pelajar PRA U-2 dan 20 orang guru pengiring akan menyertai ekspedisi ini.sempena perkhemahan kali ini,pihak pengurusan telah mengedarkan borang kebenaran ibu bapa /penjaga serta surat pengesahan kesihatan kepada peserta yang terlibat.hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar yang menyertai ekspedisi ini mendapat kebenaran daripada ibu bapa serta berada dalam kondisi yang sihat untuk menyertai perkhemahan ini.bagi yang terlibat,sediakan kelengkapan yang secukupnya agar tidak mempunyai masalah semasa ekspedisi itu nanti.semoga perkhemahan kali ini akan membawa 1000 kenangan manis yang tidak dapat dilupakan kerana tahun ini adalah tahun terakhir bagi pelajar PRA U-2 berada di sekolah.apa-apa pun,selamat berjaya buat semua..





Saturday, May 14, 2011

Minggu Kurikulum :Forum Remaja







Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.artikel ini masih mengenai minggu kurikulum yang diadakan di Pra U SMK Bingkor.aktiviti kali ini adalah mengenai forum remaja yang dianjurkan oleh unit Bahasa Melayu PRA U SMK Bingkor.5 kumpulan yang merupakan wakil daripada setiap aliran telah menyertai forum remaja ini.berikut adalah merupakan senarai pemenang:

JOHAN:KUMPULAN 4 -CYRIL METHODIUS AIK
N/JOHAN:KUMPULAN 1 -ELVIANA ENSON
KE-3:KUMPULAN 3 -CLAY JOHINIS
PENGERUSI TERBAIK:ELVIANA ENSON
AHLI PANEL TERBAIK:READLEE HUBERTUS