Friday, September 24, 2010

hari kemerdekaan peringkat sekolah smk bingkor tahun 2010








Beginilah suasana sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah smk bingkor.walaupun sambutan tersebut diadakan sempena bulan ramadhan,warga smk bingkor tetap bersemangat untuk menyambutnya.lihat sajalah wajah-wajah para pelajar smk bingkor yang begitu bersemangat mengibarkan jalur gemilang serta bendera sabah dengan perasaan penuh bangga.teruskan usaha para warga smk bingkor..kita boleh melakukan yang lebih baik untuk sekolah kita..

Saturday, August 28, 2010

sejarah kemerdekaan negara

ejarah Malaysia (سجاره مليسيا) adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting]Sejarah awal

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang diKedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

[sunting]Zaman penjajahan

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos1957

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangordan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Lihat juga: Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

[sunting]Penubuhan Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadapSabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

[sunting]Pautan luar

Monday, August 23, 2010

aktiviti kokurikulum pramasis (repelling)









inilah aksi-aksi para pelajar pramasis smk bingkor yang penuh dengan semangat kewiraan.lihat saja wajah mereka yang tidak gentar dengan sebarang halangan.setakat bangunan 3 tingkat macam tiada2 ja dorang buat kan.apa2 pun memang mantap la mereka ni.teruskan usaha..
hehehe...

Friday, August 20, 2010

Suasana hari guru peringkat smk bingkor tahun 2010







beginilah suasananya semasa sambutan hari guru peringkat sekolah smk bingkor tahun 2010.para guru begitu bersemangat dan enjoy pada hari tersebut.ingatlah,tanpa guru-guru yang berusaha keras untuk mendidik kita sehingga berjaya,siapalah kita ini.selamat hari guru,cikgu.

Sejarah SMK Bingkor

Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor terletak di Pekan Bingkor.Jaraknya dari Pekan Keningau kira-kira 21 KM.Lokasi ini sangat strategik kerana terletak di tengah kampung-kampung sekitar Pekan Bingkor.
SMK Bingkor ditubuhkan pada tahun 1967.Idea penubuhannya adalah hasil daripada permintaan pemimpin dan masyarakat kawasan Bingkor.sebelum itu,pelajar-pelajar sekolah di Bingkor akan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SM. ST. Francis Xavier,keningau.Oleh hal yang demikian ramai pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah-masalah yang tertentu.Antara masalah tersebut ialah ketiadaan pengangkutan ke sekolah dan tempat menginap di Pekan serta ketidakmampuan kewangan ibu bapa.Hanya orang yang berkemampuan sahaja yang dapat menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.
Pada tahun 1967,Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah menengah di Pekan Bingkor.Sekolah ini dikenali sebagai 'Goverment Junior Secondary School(GJSS).Sebuah bangunan sekolah didirikan berdinding papan,beratap zink dan berlantaikan simen yang mengandungi 2 buah kelas dan sebuah pejabat guru.Kumpulan pertama yang memasuki sekolah ini adalah seramai 66 orang.Pada tahun-tahun berikutnya apabila bilangan pelajar meningkat,mereka menumpang belajar di Sekolah Rendah Kerajaan Bingkor.Bahasa penghantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris.
Pelajar-pelajar dari SRK Bingkor aliran bahasa melayu akan memasuki sekolah ini di peringkat kelas peralihan atau dikenali sebagai 'kelas bridge one'.Kelas peralihan ini bertujuan memantapkan penguasaan pelajar-pelajar terhadap Bahasa Inggeris.Sistem ini berkuatkuasa selama 8 tahun.Tidak hairanlah ramai pelajar yang berumur 17 tahun ke atas tetapi masih berada di kelas 'Form one'.Pada tahun 1974,sistem ini diubahsuai iaitu pelajar-pelajar yang lulus dalam peperiksaan 'Kelas Bridge one' akan terus memasuki 'Kelas Form one tanpa memasuki 'Kelas Bridge Two'.Perubahan Dasar Pendidikan Negara juga telah mengubah sistem persekolahan di SMK Bingkor.Pada tahun 1975,semua sekolah menengah mula menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa penghantar termasuk di SMK Bingkor.
Pada tarikh 5 Jan 1979 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang didirikan oleh kerajaan sejak alaw 1975 lagi.Pada waktu itu sekolah ini mula membuka kelas tingkatan 4.Justeru itu jumlah pelajar semakin bertambah dan bangunan yang ada tidak lagi dapat menampung pelajar-pelajar.Sekolah ini dibina atas sebidang tanah pertanian milik beberapa orang petani yang ikhlas menyerahkan tanah mereka itu kepada kerajaan.Banguna baru itu mengandungi 18 buah kelas,6 makmal sains,2 bilik seni perusahaan,sebuah bilik guru,sebuah dewan besar,3 blok asrama pelajar,1 blok rumah artisen,2 blok flat guru,sebuah rumah pengetua dan sebuah padang permainan.Pada tahun berikutnya,pembelajaran mula diadakan dalam 2 sesi,pagi dan petang apabila kelas tingkatan 5 dibuka.Bangunan baru sekolah ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Musa Hitam,Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
Seramai 11 orang pengetua telah bertugas di sekolah ini.antaranya ialah En. Musa Hj. Abd Rahman (1967-1969),En. Joseph Tangit (1969-1971),En. Alfred A. Linggi (sekarang Hj Mohd Farid Linggi) (1971-1973),En. Ali Hassan Abd Lattif (1974-1977),En. Ag Besar Hj Abu Bakar (1978-1979),Mr. P.M John (1980-1981),En. Mohd. Ukang Lisong (1982-1984),En. Hamzah Sangkit (pemangku 1984-1985),En. Ribus Tingadon (Pemangku 1985-1987),En. Mas Duki Shahri (1987-1995),En. Mokhtar Sulong (1996-1999),En. Sahumin Hj. Daud (2000 hingga sekarang).
NOTA:En Sahumin Hj. Daud akan bersara pada tahun 2011 ini.
Prestasi pencapaian dalam peperiskaan awam iaitu PMR dan SPM adalah sederhana.Pada tahun 1970 an,pencapaian pelajar-pelajar adalah di bawah lingkungan 40% kecuali tahun 1972 sebanyak 66.6%.Pada tahun 1980 an dalam lingkungan 45-55%.
Prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum adalah cemerlang.Pelajar di sekolah ini mempunyai bakat yang besar dalam bidang sukan olahraga,permainan,seni terutamanya nyanyian dan lakonan,dan aktif dalam kegiatan berpersatuan.pada tahun 1986,seorang bekas pelajar Bingkor telah mewakili negara dalam Sukan SEA.Pada tahun 1987 dan 1988,4 orang pelajar sekolah ini mewakili negeri Sabah ke Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSM) di peringkat kebangsaan.
Pada masa kini sekolah ini masih berkembang.jumlah pelajarnya sudah mencapai angka 1500 orang.Makmal komputer untuk pelajar mempelajari kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat telah beroperasi sejak tahun 2003.Pada tahun 2003 juga Kelas tingkatan 6 telah dibuka di SMK Bingkor.Pada tahun 2005 satu lagi mata pelajaran kemahiran ditawarkan iaitu Kemahiran Kimpalan Arka dan Gas (KAG) kepada pelajar-pelajar tingkatan 4.kini,pembinaan bangunan tambahan yang telah diluluskan pembinaannya sejak tahun 2003 lagi telah siap sepenuhnya dan dirasmikan pada tahun 2009 untuk kegunaan tingkatan 6 atau lebih dikenali sebagai Pra Universiti SMK Bingkor.

Sumber:Dipetik dan diubahsuaikan daripada,
Hasil simpanan sejarah oleh En. Alexius Tingadon
Majalah SMK Bingkor edisi 2007