Thursday, April 28, 2011

Minggu Kurikulum(Kuiz 1Malaysia)28.03.2011















salam 1Malaysia buat semua.artikel kali ini masih mengenai minggu kurikulum pramasis SMK Bingkor.aktiviti kali ini adalah mengenai kuiz 1Malaysia yang diadakan pada 28.03.2011.semua pelajar pra-universiti diwajibkan mengikuti kuiz ini dimana setiap pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan.setiap kumpulan terdiri daripada pelajar sains sukan,pengajian perniagaan,ekonomi,geografi,sastera dan sejarah kerana soalan kuiz adalah berdasarkan kepada bidang pengajian tersebut,ditambah dengan mata pelajaran bahasa melayu dan MUET.dari gambar-gambar yang dipaparkan,dapat kita lihat bahawa semua kelihatan yakin ketika menjawab soalan dan semangat kerjasama terserlah semasa aktiviti ini.berikut adalah senarai pemenang:
JOHAN : KUMPULAN 8 - (DAYNESTER)
N/JOHAN : KUMPULAN 14 - (JAYFREJOE JAPRIN)
KE-3 : KUMPULAN 9 - BRIAN PHILIP

Wednesday, April 27, 2011

Minggu Kurikulum(Treasure Hunt)30.03.2011


















Jeng Jeng Jeng.ini adalah sebahagian daripada aktiviti sempena minggu kurikulum yang diadakan pada 28.03.2011-1.04.2011.ini adalah aktiviti 'memposingkan diri' dalam treassure hunt.aktiviti ini dikendalikan oleh En.Andrew dimana setiap peserta dikehendaki untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang modeling untuk pergi ke stesen yang seterusnya.terlalu macam ragam yang dapat kita lihat semasa aktiviti ini dan dapat kita lihat juga setiap peserta masing-masing tidak mengalah antara satu dengan yang lain.semua mahu tunjuk terrer.bak kata pepatah"MANA BOLEH KAU ADA SAYA TIADA".semua rakan-rakan sangat enjoy semasa aktiviti treassure hunt ini.sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang diadakan semasa treassure hunt ini namun hanya gambar ini sahaja yang dapat untuk dimuatnaikkan.harap maaf ya semua.apa-apa pun,semoga enjoy melihat post ini.salam.

Tuesday, April 26, 2011

Minggu Kokurikulum:Aktiviti Kadet Remaja Sekolah(Iktihar Hidup)13.04.2011
















salam buat semua.minta maaf sudah lama tidak update blog ni..tiada apa-apa yang ingin diisi.EhEhEhE.em,mengenai post kali ini,ini adalah sempena minggu kokurikulum yang diadakan setiap hari rabu dimana Kadet Remaja Sekolah SMK Bingkor telah mengadakan aktiviti ikhtihar hidup.aktiviti kali ini secara ringkasnya ialah memasak dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan peralatan dapur seperti selalu dimana nasi akan dimasak di dalam bambu,telur akan dimasak dengan menggunakan lumpur dan ditanam ke dalam tanah serta cuba untuk menjadikan tepung yang diberikan menjadi makanan mengikut kreativiti masing-masing.keseluruhannya,aktiviti ini sangat menarik dan kita dapat mempelajari hidup dalam hutan dimana kita perlu mencari ikhtihar2 yang ada untuk "survive".akhir kata,salam.:)

Tuesday, February 1, 2011

Majlis Program Pelancaran ICT SMK Bingkor 2011















dalam pos kali ini,saya mau menceritakan sedikitlah mengenai aktiviti sekolah yang dijalankan pada minggu lepas.program yang diadakan adalah Majlis Pelancaran Latihan ICT bagi Penerima Netbook 1Malaysia Fasa 1 SMK Bingkor yang diadakan pada 29 Januari 2011 bertempat di perkarangan Dewan Jaya SMK Bingkor.sempena majlis pelancaran tersebut,pelbagai pameran dari pelbagai sektor telah mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi sambutan pelancaran tersebut.antaranya ialah dari SKMM,TM,DiGi,Maxis,CELCOM,PDRM,Jabatan Kesihatan,Pusat Kraf Tangan dan lain-lain.sempena hari tersebut,kelab Pramasis telah mengambil bahagian dengan membuat persembahan koir yang bertemakan lagu 1Malaysia.kumpulan koir itu diketuai oleh beverley dan diikuti oleh rakan-rakan yang lain..sungguh mantap persembahan mereka pada masa itu..setelah itu,kuiz online diadakan bagi penerima netbook 1Malaysia.pemenang mendapat hadiah broadband percuma...wow.....mantapnya...sayang,sayang,sayang,tekalah pula waktu tu..menyesal juga la..ehehe..antara aktiviti lain yang dijalankan ialah kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan..apa yang dapat disimpulkan,majlis tersebut memang meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.Syabas kepada warga SMK Bingkor yang telah menjayakan dan memeriahkan suasana pada majlis tersebut..sekian....