Wednesday, April 27, 2011

Minggu Kurikulum(Treasure Hunt)30.03.2011


















Jeng Jeng Jeng.ini adalah sebahagian daripada aktiviti sempena minggu kurikulum yang diadakan pada 28.03.2011-1.04.2011.ini adalah aktiviti 'memposingkan diri' dalam treassure hunt.aktiviti ini dikendalikan oleh En.Andrew dimana setiap peserta dikehendaki untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang modeling untuk pergi ke stesen yang seterusnya.terlalu macam ragam yang dapat kita lihat semasa aktiviti ini dan dapat kita lihat juga setiap peserta masing-masing tidak mengalah antara satu dengan yang lain.semua mahu tunjuk terrer.bak kata pepatah"MANA BOLEH KAU ADA SAYA TIADA".semua rakan-rakan sangat enjoy semasa aktiviti treassure hunt ini.sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang diadakan semasa treassure hunt ini namun hanya gambar ini sahaja yang dapat untuk dimuatnaikkan.harap maaf ya semua.apa-apa pun,semoga enjoy melihat post ini.salam.

Tuesday, April 26, 2011

Minggu Kokurikulum:Aktiviti Kadet Remaja Sekolah(Iktihar Hidup)13.04.2011
















salam buat semua.minta maaf sudah lama tidak update blog ni..tiada apa-apa yang ingin diisi.EhEhEhE.em,mengenai post kali ini,ini adalah sempena minggu kokurikulum yang diadakan setiap hari rabu dimana Kadet Remaja Sekolah SMK Bingkor telah mengadakan aktiviti ikhtihar hidup.aktiviti kali ini secara ringkasnya ialah memasak dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan peralatan dapur seperti selalu dimana nasi akan dimasak di dalam bambu,telur akan dimasak dengan menggunakan lumpur dan ditanam ke dalam tanah serta cuba untuk menjadikan tepung yang diberikan menjadi makanan mengikut kreativiti masing-masing.keseluruhannya,aktiviti ini sangat menarik dan kita dapat mempelajari hidup dalam hutan dimana kita perlu mencari ikhtihar2 yang ada untuk "survive".akhir kata,salam.:)

Tuesday, February 1, 2011

Majlis Program Pelancaran ICT SMK Bingkor 2011















dalam pos kali ini,saya mau menceritakan sedikitlah mengenai aktiviti sekolah yang dijalankan pada minggu lepas.program yang diadakan adalah Majlis Pelancaran Latihan ICT bagi Penerima Netbook 1Malaysia Fasa 1 SMK Bingkor yang diadakan pada 29 Januari 2011 bertempat di perkarangan Dewan Jaya SMK Bingkor.sempena majlis pelancaran tersebut,pelbagai pameran dari pelbagai sektor telah mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi sambutan pelancaran tersebut.antaranya ialah dari SKMM,TM,DiGi,Maxis,CELCOM,PDRM,Jabatan Kesihatan,Pusat Kraf Tangan dan lain-lain.sempena hari tersebut,kelab Pramasis telah mengambil bahagian dengan membuat persembahan koir yang bertemakan lagu 1Malaysia.kumpulan koir itu diketuai oleh beverley dan diikuti oleh rakan-rakan yang lain..sungguh mantap persembahan mereka pada masa itu..setelah itu,kuiz online diadakan bagi penerima netbook 1Malaysia.pemenang mendapat hadiah broadband percuma...wow.....mantapnya...sayang,sayang,sayang,tekalah pula waktu tu..menyesal juga la..ehehe..antara aktiviti lain yang dijalankan ialah kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan..apa yang dapat disimpulkan,majlis tersebut memang meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.Syabas kepada warga SMK Bingkor yang telah menjayakan dan memeriahkan suasana pada majlis tersebut..sekian....

Monday, January 31, 2011

Aktiviti Kerja Amal Kelab Pramasis Kampus SMK Bingkor 2011












Begilnilah suasana semasa akvititi kerja amal dilakukan..aktiviti kerja amal ini dijalankan oleh semua pelajar Pra U-2 kampus SMK Bingkor yang dikendalikan oleh kelab Pramasis.aktiviti ini diketuai oleh Andre Justin Basinau yang merupakan pengerusi kelab Pramasis dan dibantu oleh beberapa orang pembantu yang setia..Ehehehehe...gurau2 ja.gambar-gambar aktiviti ini diambil oleh jurufoto yang berbakat,Elviana Enson atau lebih dikenali sebagai YONG.Ehehe..semua pelajar telah memberikan komitmen 100% semasa aktiviti ini dijalankan dan semua tugas yang diamanahkan dijalankan dengan baik.syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat.selepas ja aktiviti ni,ada la juga makan-makan sikit..ehehe..tapi sayang ramai yang balik awal pula...rugi la kan dorang yang balik awal,tiada temakan mi goreng panas-panas..ehehe...bak kata pepatah mus,MULA-MULA SAKIT,LAMA-LAMA ENA'.
Ahahahahaha....gurau ja...diharap selepas ini aktiviti sebegini dapat lagi dilaksanakan demi kemakmuran Pra U kita...Go,Go,Go...

Friday, September 24, 2010

hari kemerdekaan peringkat sekolah smk bingkor tahun 2010








Beginilah suasana sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah smk bingkor.walaupun sambutan tersebut diadakan sempena bulan ramadhan,warga smk bingkor tetap bersemangat untuk menyambutnya.lihat sajalah wajah-wajah para pelajar smk bingkor yang begitu bersemangat mengibarkan jalur gemilang serta bendera sabah dengan perasaan penuh bangga.teruskan usaha para warga smk bingkor..kita boleh melakukan yang lebih baik untuk sekolah kita..