Tuesday, February 1, 2011

Majlis Program Pelancaran ICT SMK Bingkor 2011















dalam pos kali ini,saya mau menceritakan sedikitlah mengenai aktiviti sekolah yang dijalankan pada minggu lepas.program yang diadakan adalah Majlis Pelancaran Latihan ICT bagi Penerima Netbook 1Malaysia Fasa 1 SMK Bingkor yang diadakan pada 29 Januari 2011 bertempat di perkarangan Dewan Jaya SMK Bingkor.sempena majlis pelancaran tersebut,pelbagai pameran dari pelbagai sektor telah mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi sambutan pelancaran tersebut.antaranya ialah dari SKMM,TM,DiGi,Maxis,CELCOM,PDRM,Jabatan Kesihatan,Pusat Kraf Tangan dan lain-lain.sempena hari tersebut,kelab Pramasis telah mengambil bahagian dengan membuat persembahan koir yang bertemakan lagu 1Malaysia.kumpulan koir itu diketuai oleh beverley dan diikuti oleh rakan-rakan yang lain..sungguh mantap persembahan mereka pada masa itu..setelah itu,kuiz online diadakan bagi penerima netbook 1Malaysia.pemenang mendapat hadiah broadband percuma...wow.....mantapnya...sayang,sayang,sayang,tekalah pula waktu tu..menyesal juga la..ehehe..antara aktiviti lain yang dijalankan ialah kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan..apa yang dapat disimpulkan,majlis tersebut memang meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.Syabas kepada warga SMK Bingkor yang telah menjayakan dan memeriahkan suasana pada majlis tersebut..sekian....